Akan berada di pasaran mulai
15 Mei 2009
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puja dan puji hanya milikMu, Tuhan semesta alam.
Selawat dan salam sentiasa tercurah atas
insan utama, pembawa rahmat,
Nabi Muhammad S.A.W.
Alhamdulillah, syukur tak terhingga.
Akhirnya impian
sehebat berita ini akan menjadi realiti.
Lahirnya sebuah album, wasilah buat kami berkongsi suara hati bagi
suatu perjalanan dalam irama yang dapat menyuburkan jiwa. Semoga setiap kali mendengarnya, membuatkan hati merasa dekat dan
damai bersamaMu, Ya Salam.
Ya Rabbana, sungguh, sebagai insan yang lemah dan
ketika tangan dan kaki tak berdaya, Engkau hadirkan sokongan, bantuan serta kerjasama dari pelbagai pihak.
First of all, special thanks to Bro Abu Hawari, Bro Yasin, Bro Salleh, Bro Sharani & Sis Eena (Hush Ent) for your brilliant ideas and cooperation.
Syukran jazakallah buat team VTR Production & Management: Kak Zah atas sokongan yang tidak berbelah bahagi dan keyakinan yang begitu tinggi. Bro Khairel atas semangat dan komitmen yang mantap terutama sepanjang proses rakaman. Terima kasih sudi menginfakkan suaranya. Bro Syidan, pegawai kewangan yang begitu dedikasi, sentiasa senyum tak pernah tension (always Zero). Bro Badlee yang selalu sporting dan tidak lokek mengorbankan masanya walau macamana sibuk sekalipun. Bro Rudy yang sikap was-wasnya selalu menjadi peringatan untuk kami berhati-hati and of coz his lovely wife, Laili yang sentiasa menjadi pembakar semangat buat kami semua. Bro Rizal, yang terlalu bimbang takut glamour. Adinda Syadi dan Faiz yang tetap memberi komitmen walau terkadang masa sangat terbatas.
Penghargaan teristimewa buat isteri-isteri tersayang, Ayu, Liza, Zura, Zakiah serta anak-anak dan keluarga yang begitu understanding. Tak lupa juga buat ayahanda & bonda di kampung. Love u all…
Apresiasi khas kepada ESQ LC, semua sahabat-sahabat yang memberi sokongan material dan spiritual buat Kak Milah, Kak Piah, Sis Rahimah & suami: Bro Badiuz, Pak Syed (suami tersayang Kak Zah), Kak Nik Rohani, Datin Jamilah, Datin Zaleha yang begitu teruja saat
Demi Matahari dialunkan, Sis Su & Zu (like twin), Pn Faridah, Pn Huda, Sis Diyana, Bro Roslan (MyEvent) dan paling tak lupa Sis Faridah (KALAM), Pn Norli dan semua penyokong yang tidak tersebut nama-nama mereka kerana keterbatasan kemampuan kami. Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian dengan keredhaanNya.
Ya Allah, terimalah
I’tirof dari kami.
Ya Rasulallah, kurniakanlah syafa’atmu.
Amin Ya Rabbal’alamin.